Saturday, 13 February 2016

Jalan Keluar

Dalam kehidupan ini, sering kali kita seronok melangkah suatu fasa baharu.
Tanpa kita sedar setiap daripada itu ada cabarannya.
Kita seronok jumpa kawan baru, tapi bila bergaduh segala kekusutan seolah-olah tiada penyelesaian.
Ya, kita gembira dengan jawatan yang disandang, tapi merungut bila dimana masa dengan keluarga sangat terhad.
Kita seronok pindah ke tempat baru, tapi sedih dan sunyi bila suasana tak seperti yg digambarkan.

Jadi, apa sebenarnya yang kita mahukan?
Manusia ni selalu tak sedar 'jalan masuk' yang dia lalu tu sebenarnya hasil pilihan mereka sendiri tapi mereka sendiri yang mengeluh kalau tak jumpa 'jalan keluar'. 
Ya, setiap destinasi mesti ada tujuan, setiap masalah mesti ada penyelesaian, setiap kekurangan mesti ada kelebihan dan setiap kesusahan mesti ada kesenangan.

Walau sebesar mana pun masalah yang kita hadapi dekat dunia ni, kita tak boleh jadikan alasan untuk tinggalkan segala ibadah sebagai bekalan akhirat.
Begitu juga sebaliknya, tak kisah lah dalam pelajaran ke, dalam kerjaya ke, atau dalam keluarga.
Allah SWT berfirman: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan keperluan dan bekalanmu dari dunia" (Surah al-Qasas 28:77)

Nak tahu tak ? Hidup ni tak pernah sunyi daripada ujian. 
Jadi, kita ni ada dua pilihan je.
Sama ada kita kekal pada situasi yang sama dengan reda dan sabar ataupun kita keluar daripada keadaan tersebut dengan berani dan tawakkal.

Wallahua'lam.

Sisi Gelap Kota Metropolitan

Saat ada manusia lain sedang berjuang meneruskan kehidupan...
Di manakah kita?
Saat ada manusia lain dihimpit kemiskinan, kesusahan dan penderitaan...
Di manakah kita?
Saat ada manusia yang hidup, makan, dan tidur di jalanan...
Di manakah kita?
Saat kita mengeluh terpaksa mengulangkaji pelajaran, sedangkan mereka sekolah pun tidak...
Di manakah kita?
Saat mereka memerlukan kita untuk membantu dan memberi perhatian...
Di manakah kita?
Di manakah kita sebenarnya?
Di mana hati perut kita?
Bukankah kita sebahagian daripada mereka?



Mereka sebahagian daripada masyarakat dan saudara kita,
Mereka saudara sebangsa, seagama dan senegara...
Paling tak pun, mereka juga adalah manusia seperti kita!
Wahai manusia, adakah kita lupa akan peringatan daripada Allah?!

" Tahukah kamu orang yang mendustakan (hari pembalasannya)? Itulah mereka yang mengherdik anak yatim. Dan mereka yang tidak menggalakkan memberi makanan kepada orang miskin. "
(Surah al-Ma'un 107:1-3)

Allahu.. Angkuhnya kita jika melupakan mereka...
Ingatlah, apa yang berharga di dunia tidak akan berharga di kubur. Dan apa yang berharga di kubur, tidak akan sama sekali berharga di dunia.
Jadi marilah pemuda dan pemudi,
keluarlah dari rumahmu dan bantulah mereka.
Laburkanlah wang, tenaga dan masamu untuk mereka.
Percayalah, kerana inilah pelaburan yang paling menguntungkan.
Insyaallah...
Sedarlah, mereka amat memerlukan kita!